Assalamualaikum- Faizal Tahir

Hai pada kali ini saya ingin berkongsi tentang lagu Assalamualaikum yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir,

Melalui video ini, apa yang boleh saya kupaskan adalah berkenaan  kesamarataan dalam hak setiap manusia. Perkara seperti ini ada dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia artikel(8)(2) dimana tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturuhan, tempat lahir, jantina dalam mana-mana undang-undang atau perlantikan jawatan. Disamping itu, dalam Universal Declaration of Human Right juga, pada artikel 2 ada menyatakan bahawa everyone is entitled to all the rights and freedoms set forth in this declaration, without distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, political, or other opinion, national or social origin, property,birth or other status. Maka jelaslah disini bahawa setiap manusia mestilah diberikan hak sama rata. Melalui lagu ini, ia jelas dapat menyedarkan anak-anak muda berkenaan hak asasi ini. Pendekatan yang diambil oleh penyanyi ini amat bagus kerana beliau mencipta lagu yang mempunyai makna yang tersirat yang boleh difahami oleh setiap genap masyarakat. Sekian 🙂

Syurga menanti anda

Hai semua, di saat ini saya ingin berkongsi sedikit video berkenaan penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Palestin.

Berdasarkan video yang saya kongsikan diatas, kita dapat lihat betapa tersiksanya hidup saudara kita yang berada di Palestin sekarang. Mereka tidak putus menerima serangan daripada tentera Israel yang kejam. Dimanakah hak asasi mereka sebagai penduduk asal di bumi Palestin itu? mereka tidak mendapat apa-apa hak yang istimewa. Hak untuk hidup dalam aman dan bahagia telah dirampas oleh tentera Palestin begitu juga hak untuk mendapat kasih sayang. Seperti yang kita ketahui tentera Israel akan melepaskan tembakan dan bom dimana-mana sahaja tanpa belas kasihan dan menyebabkan ibu kehilangan anaknya, dan sebaliknya. Para bapa ataupun kaum lelaki ditangkap dan dihumban kedalam penjara dengan kejam. Tidak diberi apa-apa hak untuk membebaskan diri malah diseksa mereka hidup-hidup sehingga mati dan tidak sempat untuk berjmpa anak dan isteri. Itulah yang disuarakan oleh anak kecil dalam puisinya tersebut. Sebaliknya kita yang berada dalam negara yang amat haruslah bersyukur. Jom sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka disana dan kesejahteraan kita bersama. Selamat menonton dan menghayati puisi ini.

Kebebasan Beragama.

Assalamualikum& Selamat Sejahtera,

Pada kali ini, saya ingin mengetengahkan isu berkaitan kebebasan dalam beragama. Di Malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum jadi setiap kaum mempunyai hak kebebasan dalam beragama, seperti dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11(1) memperuntukkan hak kebebasan beragama di Malaysia di mana: “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”. Peruntukan ini jelas memberi kebebasan kepada setiap warganegara Malaysia untuk menganuti apa-apa agama tetapi tertakluk kepada Fasal (4) membenarkan undang-undang negeri dan persekutuan (bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal atau membatasi pengembangan mana-mana kepercayaan umat Islam.

Di sini saya sertakan sedikit cebisan keratan akhbar dimana pihak kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga amat menyokong dalam prinsip kebebasan dalam beragama.

Picture5

Pada pandangan saya, kita tidak boleh memaksa semua kaum yang ada di negara kita ini memeluk agama islam kerana disebabkan agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Bagi setiap kaum mereka mestilah ingin membuat pilihan sendiri dalam beragama dimana mereka mewarisi agama yang dianuti oleh keluarga mereka ataupun mereka memilih agama yang baru. Pilihan beragama bergantung kepada individu tersebut. Bagi saya apabila kita dilahirkan dalam agama Islam maka bersyukurlah 🙂 janganlah berangan dan bercita-cita untuk keluar dari agama yang dianuti sekarang. Sekian.

 

Penderaan satu Penyeksaan

Picture3

Assalamualaikum& hai  🙂

Pada pagi ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai isu penderaan yang kini giat diperkatakan oleh masyarakat umum.

Isu yang ingin saya kupaskan adalah berkenaan penderaan yang dilakukan kepada anaknya.

Picture4

Disini saya menceritakan sedikit mengenai berita tersebut. Peristiwa ini berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dimana seorang bapa telah mendera anaknya yang beru berusia 5 tahun dengan menggunakan penyangkut baju dan rotan kerana anaknya tidak mahu mendengar cakap beliau. Bagi pandangan saya, sebaiknya seorang bapa tidak boleh mendera anak kecil sebegitu rupa kerana mereka masih kecil dan sememangnya mempunyai sedikit sifat kenakalannya. Sepatutnya bapa tersebut menasihati dengan cara baik dan semestinya anak kecil sebegitu mudah terpujuk. Seperti yang dinyatakan dalam Universal Declaration of Human Rights, article 5, menyatakan tentang no one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading teartment or punishment. Maka jelaslah disini bahawa dalam UDHR sendiri tidak menggalakan berlaku kejam atau menyiksa sesiapa pun. Dalam kes seperti ini, apatah lagi mendera dan menyiksa kanak-kanak kecil yang masih tidak faham akan arahan yang diberikan. Sekian Terima Kasih 🙂

PRK Kuala Kangsar & Padang Besar.

Picture1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pada entri blog saya kali ini saya ingin berkongsi tentang satu isu yang paling hangat diperkatakan iaitu mengenai isu pilihan raya yang berlangsung di Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Kuala Selangor.

Picture2

Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun 2016. Penamaan calon pula ditetapkan pada 5 Jun. Perkara berkenaan diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam Sidang Media Khas di Putrajaya.

Seperti yang kita ketahui, apabila tibanya pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum, setiap calon yang akan bertanding dari pelbagai parti yang berbeza  akan mengadakan kempen dan membuat perhimpuan umum untuk para penyokong mereka. Perkara seperti ini tidak dilarang sama sekali kerana  dalam Perlembagaan Persekutuan pada bahagian ke-2 artikel 10(1) menceritakan tentang kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan. Tetapi, mestilah dalam keadaan yang aman dan tanpa senjata seperti yang termaktub pada Perlembagaan Persekutuan, artikel(10)(1)(a) .

Disini saya kemukakan sedikit contoh suasana perhimpunan secara aman dari pelbagai parti :

Pendidikan Sama Rata

Picture2

Picture3Disini saya sertakan petikan daripada isu tersebut.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Khamis  menggesa Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sekolah Kementerian Pendidikan menjelaskan dapatan tentang isu yang menyelubungi sekolah-sekolah di perkampungan Orang Asli.

Pemangku pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata Orang Asli mempunyai budaya yang berbeza dalam segenap aspek berbanding bangsa dan budaya masyarakat Malaysia yang lain dan ini mempunyai implikasi dalam dasar pendidikan.

Oleh itu, dasar pendidikan yang mempunyai kesan ke atas kanak-kanak Orang Asli mesti disesuaikan dan diselaraskan dengan budaya dan kepercayaan mereka.

“Tambahan pula, semua sekolah termasuk sekolah berasrama bertanggungjawab supaya sensitif kepada komuniti yang menerima perkhidmatan mereka dan menjaga dan melindungi kanak-kanak di bawah jagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, suruhanjaya mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan segera memperuntukkan sumber pendidikan untuk memastikan masyarakat yang terpinggir seperti kanak-kanak Orang Asli mempunyai akses yang sama kepada pendidikan.

“Ini termasuk pembinaan sekolah yang berdekatan dan menempatkan guru-guru yang mampu menghargai, memahami dan menghormati budaya serta kepercayaan Orang Asli,” katanya.

Khaw berkata suruhanjaya itu juga terus menerima aduan berkaitan penderaan oleh guru dan terkejut dengan tindakan guru-guru.

“Suruhanjaya berpendirian tegas bahawa pengurusan disiplin murid mesti menjaga maruah kanak-kanak berkenaan dan hak untuk mendapatkan perlindungan daripada segala bentuk keganasan,” katanya.

Boleh saya kupaskan disini bahawa di Malaysia tiada sebarang diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama,ras, keturunan atau tempat lahir yang jelas diperkatakan dalam Perlembagaan Persekutuan ,artikel 12(1)(a). Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil berat terhadap apa-apa isu berkaitan pendidikan tanpa sebarang diskriminasi. Seperti contoh berita diatas bahawa pihak Kementerian mengambil berat tentang pendidikan orang asli. Malah mereka juga memikirkan cara pendidikan yang terbaik untuk warga orang asali tersebut. Pihak Kementerian menyediakan skop pembelajaran yang berbeza unruk golongan tersebut supaya mereka dapat menyelami erti pendidikan tersebut dan ilmu yang mereka dapat akan digunakan sampai bila-bila. Sekian

Kahwin Paksa

Assalamualikum& salam sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit artikel dan sedikit pandangan berkenaan perkahwinan. Ia bukan sebarang perkahwinan, tetapi merupakan perkahwinan secara paksa ataupun dikenali sebagai kahwin secara tidak rela.

khawin paksa

Di atas merupakan artikel yang saya petik dari astro awani online berkenaan gadis yang dipaksa kahwin sebanyak 6 kali.

Bagi saya perkahwinan ini merupakan ikatan antara dua insan yang saling bersetuju untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Persetujuan ini amat penting bagi memastikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan berdasarkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.

Oleh itu, baik menurut ajaran Islam mahupun undang-undang syariah di Malaysia menetapkan bahawa kedua-dua pasangan yang ingin berkahwin agar setuju dan rela akan perkahwinan itu. Dalam Universal Declaration of Human Right(UDHR) ada menyatakn pada artikel 16,pasal 2 bahawa “marriage shall be entered into only with the free and full consent of the intending spouses”. Jadi sudah dinyatakan dalam UDHR bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memilih pasangan sendiri untuk membina rumah tangga, dan tidak setuju dalam perkahwinan paksa ini. Perkahwinan yang diimpikan oleh setiap individu mestilah kekal bukan hanya sementara. Sekian terima kasih 🙂

“It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages.”
Friedrich Nietzsche

 

Penjenayah harus di Hukum

Assalamualaikum & Hai .Pada entri blog HAKAM saya pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan hak asasi penjenayah. Bagi pendapat saudara/i patut atau tidak seseorang penjenayah yang telah dibuktikan melakukan kesalahan berat  di berikan hak untuk melindungi dirinya?

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam. Dibawah saya sertakan satu keratan akhbar berkenaan kes jenayah.

Picture4Picture5

Semakin bumi merangkak ke usia tua, kadar jenayah semakin bertambah. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah tersebut. Salah satu pendekatan yang paling berkesan termasuklah penguatkuasaan undang-undang secara tegas dan hukuman setimpal dikenakan terhadap penjenayah. Contohnya, Akta 302 Kanun Keseksaan perlu dikuatkuasakan dengan tegas terhadap penjenayah yang didapati membunuh atau merogol mangsanya. Penjenayah akan dijatuhi hukuman mati mandatori. Serbuan dan tangkapan kini diadakan lebih kerap dan secara rambang untuk menangkap penjenayah. Hal ini dapat menyedarkan masyarakat yang ingin berjinak-jinak dengan jenayah. Dalam piagam madinah pada fasal 22  “mengatakan bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat”. Jadi sebagai kesimpulannya jelaslah bahawa setiap perbuatan jenayah haruslah dikenanakan hukuman yang setimpal dan perbuatan buruk tersebut tidak boleh disokong dan di bela oleh masyarakat .