Perayaan Untuk Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ūüôā ,untuk kali ini saya ingin coretkan sedikit perkongsian terhadap amalan perkongsian perayaan di Malaysia. Seperti yang kita tahu,
di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi “perayaan” dan menghormati perayaan kaum lain.¬†Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan. Amalan menghormati kepercayaan orang lain untuk berbudaya merupakan salah satu isu yang telah diperjuangkan oleh Cyrus The Great iaitu Iskandar Zulkarnain (raja Parsi). Jadi tidak salah kita mengamalkan menghormati budaya orang lain.¬†Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya. Disini saya selitkan sedikit tajuk keratan akhbar berkenaan perkongsian perayaan.
Picture3
Picture2
Advertisements

Human Rights

DENMARK LULUS UNDANG-UNDANG RAMPAS BARANGAN BERHARGA PELARIAN 

IMG-20160324-WA0000.jpg

Sumber : Astro Awani

Di Stockholm, Denmark telah meluluskan undang-undang pada Ahad untuk merampas barangan berharga saripada pelarian untuk menampung perbelanjaan pengurusan golongan tersebut.

Memetik laporan stesen televisyen Sweden, Menteri Keadilan dan Imigresen Dernmark Soren Pind pada minggu lalu mempertahankan tindakan tersebut dalam sebuah program berita.

‚ÄúMelalui cara ini, kami boleh menjana kos pengurusan pelarian,‚ÄĚ ujarnya.

Bagaimanapun, Pind menggariskan beberapa pengecualian iaitu barangan seperti cincin perkahwinan atau pertunangan, jam tangan dan telefon bimbit tidak akan diambil daripada pelarian, sebaliknya kerajaan akan mengambil barangan yang bernilai lebih daripada 300 euro.

Undang-undang tersebut telah menerima pembagai kritikan umum dari Denmark dan Sweden sementara pihak polis masih memikirkan cara penguatkuasaannya.

Sebelum ini, Denmark telah mendapat banyak reputasi buruk di Eropah terutamanya sejak negara itu melancarkan kempen antipelarian pada September selain memutuskan hubungan kereta api ke negara itu.

Kempen anti pelarian itu memuncak sejak Parti Liberal memenangi pilihan raya pada Jun.

Menurut Perkhidmatan Imigresen Denmark (DIS), populasi pelarian semakin melonjak di negara itu, dengan jumlah pencari suaka berganda berbanding tahun 2013 dan 2014, iaitu daripada 7,557 kepada 14,815 orang.

Daripada jumlah itu, kurang daripada separuh iaitu 6,110 orang mendapat status pelarian rasmi. Kebanyakan pencari suaka tersebut berasal dari Syria dan Eritrea.

Kehadiran golongan pelarian itu juga membuatkan banyak kumpulan kongsi gelap Denmark mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan melalui pemerasan dan penyeludupan manusia.

Apakah nasib pelarian di Denmark? Dimanakah hak asasi mereka sebagai seorang manusia ??? walaupun mereka adalah pelarian tetapi mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang manusia walaupun tiada hak sebagai rakyat Denmark?

Humanisme sekular

Adakah anda tahu apa itu Humanisme sekular?

Assalamulaikum dan Salam sejahtera :). Pada kali ini saya ingin mencoretkan dan membuat sedikit perkongsian berkenaan Humanisme Sekular atau dalam bahasa inggeris adalah ‘Humanism Secular’.Humanisme sekular¬†merupakan suatu ideologi yang menempatkan manusia ke posisi setinggi-tingginya. Ia hendak memuliakan kepentingan manusia, mengalahkan kepentingan apapun. Implikasi dari paham ini, segala apa yang mengganggu dan merugikan kebebasan manusia, kepentingan manusia, selera manusia, harus diketepikan. Termasuk hak Tuhan untuk mencampuri dan mengatur urusan manusia, juga harus ditolak. Tegasnya, humanisme sekular hendak merendahkan Tuhan dan menuhankan manusia. Dibawah saya mengemukakan dua contoh isu semasa di negara kita yang berkait rapat dengan konsep sekularisma. Apakah pendapat anda berkaitan isu ini?

Picture1.png

sumber : Internet

Picture2

sumber : Internet

Melalui isu semasa yang saya paparkan di atas,berkenaan isu status yang dimuat turun oleh Datin Paduka Marina Mahathir itu saya rasakan beliau sepatutnya tidak mengeluarkan status seperti itu dilaman sosial.¬†Dengan memuat naik status seperti itu, ia akan dipandang negatif¬†oleh masyarakat kerana status beliau tersebut bersifat sensitif. Beliau tidak sepatutnya menyatakan bahawa bangsa melayu membuang masa dalam memikirkan tentang undang-undang hudud. Sebaliknya, jika beliau menyatakan bahawa hukum hudud ini tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia mungkin akan mendapat penerimaan yang positif dari netizen. ¬†Cuma di negara kita tidak dapat mengaplikasi lagi berkenanan hukum hudud ini mungkin diatas sebab sebab tertentu kecuali hanya di Kelantan sudah melaksanakan hukuman ini. Berfikir tidak salah berkenaan hukum yang benar. Asalkan janganlah kita pesongkan ajaran yang benar ūüôā Inilah serba sedikit pandangan saya, pandangn anda bagaimana? ūüôā selamat membaca !

Adakah ini yang dikatakan Anomie?

Anomie? Apakah itu anomie? Disini saya ingin kongsikan sedikit kepada saudara/i apakah¬†yang dikatakan ‘Anomie’.

Anomie adalah pergolakan peribadi atau ketidakstabilan sosial yang terhasil akibat daripada pecahan standard dan nilai atau atau pengasingan dan ketidaktentuan yang datang dari kekurangan tujuan atau cita-cita.

Jadi disini saya bangkitkan satu isu mengenai ” Suami maut maut jerut leher sendiri selepas dipercayai bunuh isteri”¬†

SUAMI MAUT JERUT LEHER SENDIRI SELEPAS DIPERCAYAI BUNUH ISTERI

IMG-20160323-WA0000

Sumber : Astro Awani

Berdasarkankan bacaan saya mengenai berita ini adalah bahawa seorang suami yang bernama Wenceslaus Taikim Pancras,50 telah membunuh isterinya Sirena Puyang Anyie,39 dengan menghentak kepala mangsa di lantai. Kemudian si suami pula telah membunuh diri selepas insiden beliau membunuh isterinya. Si suami menjerut leher sendiri dengan menggunakan kabel. Kejadian dipercayai berlaku pada pagi jumaat selepas Wenceslaus menghantar anaknya ke sekolah. Punca sebenar kematian mereka tidak diketahui . Tetapi pada pandapat saya , mesti adanya berlaku pergolakan peribadi diantara pasangan ini yang menyebabkan berlakunya aktiviti pembunuhan tersebut. Kemungkinan besar si suami mengalami tekanan yang melampau dan tanpa sedar membunuh isterinya. Disini dapat kita lihat berlakunya perubahan yang mendadak terhadap sikap si suami yang sanggup membunuh isterinya sendiri. Disebabkan perubahan tersebut beliau juga turut membunuh dirinya sendiri. Jadi, jelaslah disini bahawa kes ini berkait rapat dengan isu Anomie yang kita bincangkan diatas.

“Law of Nature”?

“Law of Nature” atau dikenali sebagai Undang-Undang Alam adalah merupakan undang-undang di alam semula jadi dan ia sah selama-lamanya atau seadanya. Undang-undang ini adalah merupakan undang-undang yang mutlak dan betul. Malahan, hanya cerapan setiap manusia sahaja yang mengatakan undang-undang ini salah.

harimau11

sumber:Internet

Disini saya ingin ¬†perjelaskan lagi berkenaan Undang-undang Alam berdasarkan gambar diatas. Seperti yang kita tahu bahawa harimau (karnivor) akan memakan rusa(omnivor) atau binatang lain yang atau dalam erti kata lain ‘harimau suka makan daging’. Ini yang sudah menjadi hukum alam bahawa harimau akan makan rusa. Ia tidak akan berlaku pertukaran iaitu rusa makan harimau.Kalau rusa makan harimau anda rasa apa yang berlaku pada ekosistem kita?? Jadi disini jelaslah bahawa undang-undang alam adalah mutlak dan tidak boleh diubah. Sekian Terima Kasih! ūüôā enjoy your reading

¬†‚ÄúNature does not ask your permission, she has nothing to do with your wishes, and whether you like her laws or dislike them, you are bound to accept her as she is, and consequently all her conclusions.‚ÄĚ
‚Äē Fyodor Dostoyevsky, Notes from Underground

Apa itu Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah perkara yang dianggap sebagai hak kebebasan yang perlu dimiliki setiap manusia tidak mengira agama, sosial, warna kulit dan bangsa. Mereka berhak mendapat hak itu seperti manusia yang lain.
Dan wujud pula kumpulan atau individu yang sering menperjuangkan hak asasi manusia ini. Pelbagai isu kemanusiaan yang dibangkitkan. Ada yang sememangnya patut diperjuangkan dan ada pula yang menperjuangkan perkara yang dianggap hak asasi tetapi lari dari norma kehidupan manusia. Ada juga kumpulan yang berselindung disebalik pejuangan hak asasi manusia tetapi ada muslihat tersembunyi, ada udang disebalik batu. Dan kumpulan ini juga wujud di negara kita, jangan kita tak sedar. Kononnya perjuangkan hak tetapi apakah hak itu benar-benar diperlukan sebagai manusia. Mereka hanya menggunakan akal untuk melaungkan perjuangan, mereka lupa, fitrah manusia sememangnya inginkan kebebasan, tetapi manusia juga perlukan panduan. Tanpa panduan, manusia akan tersesat, dan bebas melakukan apa saja, atas dasar hak asasi wajarkah LBGT turut diperjuangkan, penyebaran ajaran yang bertentangan juga perlu dibenarkan. Ikut logik akal memang semuanya boleh, tetapi kalau ikut hukum hakam bagaimana pula? Manusia ada landasan yang perlu diikuti, dalam perjuangan jangan tergenlincir dari landasan itu. Matlamat tak menghalakan cara.
Apa Itu Hak Asasi Manusia?