Perayaan Untuk Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🙂 ,untuk kali ini saya ingin coretkan sedikit perkongsian terhadap amalan perkongsian perayaan di Malaysia. Seperti yang kita tahu,
di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi “perayaan” dan menghormati perayaan kaum lain. Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan. Amalan menghormati kepercayaan orang lain untuk berbudaya merupakan salah satu isu yang telah diperjuangkan oleh Cyrus The Great iaitu Iskandar Zulkarnain (raja Parsi). Jadi tidak salah kita mengamalkan menghormati budaya orang lain. Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya. Disini saya selitkan sedikit tajuk keratan akhbar berkenaan perkongsian perayaan.
Picture3
Picture2
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s