Human Rights

DENMARK LULUS UNDANG-UNDANG RAMPAS BARANGAN BERHARGA PELARIAN 

IMG-20160324-WA0000.jpg

Sumber : Astro Awani

Di Stockholm, Denmark telah meluluskan undang-undang pada Ahad untuk merampas barangan berharga saripada pelarian untuk menampung perbelanjaan pengurusan golongan tersebut.

Memetik laporan stesen televisyen Sweden, Menteri Keadilan dan Imigresen Dernmark Soren Pind pada minggu lalu mempertahankan tindakan tersebut dalam sebuah program berita.

“Melalui cara ini, kami boleh menjana kos pengurusan pelarian,” ujarnya.

Bagaimanapun, Pind menggariskan beberapa pengecualian iaitu barangan seperti cincin perkahwinan atau pertunangan, jam tangan dan telefon bimbit tidak akan diambil daripada pelarian, sebaliknya kerajaan akan mengambil barangan yang bernilai lebih daripada 300 euro.

Undang-undang tersebut telah menerima pembagai kritikan umum dari Denmark dan Sweden sementara pihak polis masih memikirkan cara penguatkuasaannya.

Sebelum ini, Denmark telah mendapat banyak reputasi buruk di Eropah terutamanya sejak negara itu melancarkan kempen antipelarian pada September selain memutuskan hubungan kereta api ke negara itu.

Kempen anti pelarian itu memuncak sejak Parti Liberal memenangi pilihan raya pada Jun.

Menurut Perkhidmatan Imigresen Denmark (DIS), populasi pelarian semakin melonjak di negara itu, dengan jumlah pencari suaka berganda berbanding tahun 2013 dan 2014, iaitu daripada 7,557 kepada 14,815 orang.

Daripada jumlah itu, kurang daripada separuh iaitu 6,110 orang mendapat status pelarian rasmi. Kebanyakan pencari suaka tersebut berasal dari Syria dan Eritrea.

Kehadiran golongan pelarian itu juga membuatkan banyak kumpulan kongsi gelap Denmark mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan melalui pemerasan dan penyeludupan manusia.

Apakah nasib pelarian di Denmark? Dimanakah hak asasi mereka sebagai seorang manusia ??? walaupun mereka adalah pelarian tetapi mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang manusia walaupun tiada hak sebagai rakyat Denmark?
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s