Adakah ini yang dikatakan Anomie?

Anomie? Apakah itu anomie? Disini saya ingin kongsikan sedikit kepada saudara/i apakah yang dikatakan ‘Anomie’.

Anomie adalah pergolakan peribadi atau ketidakstabilan sosial yang terhasil akibat daripada pecahan standard dan nilai atau atau pengasingan dan ketidaktentuan yang datang dari kekurangan tujuan atau cita-cita.

Jadi disini saya bangkitkan satu isu mengenai ” Suami maut maut jerut leher sendiri selepas dipercayai bunuh isteri” 

SUAMI MAUT JERUT LEHER SENDIRI SELEPAS DIPERCAYAI BUNUH ISTERI

IMG-20160323-WA0000

Sumber : Astro Awani

Berdasarkankan bacaan saya mengenai berita ini adalah bahawa seorang suami yang bernama Wenceslaus Taikim Pancras,50 telah membunuh isterinya Sirena Puyang Anyie,39 dengan menghentak kepala mangsa di lantai. Kemudian si suami pula telah membunuh diri selepas insiden beliau membunuh isterinya. Si suami menjerut leher sendiri dengan menggunakan kabel. Kejadian dipercayai berlaku pada pagi jumaat selepas Wenceslaus menghantar anaknya ke sekolah. Punca sebenar kematian mereka tidak diketahui . Tetapi pada pandapat saya , mesti adanya berlaku pergolakan peribadi diantara pasangan ini yang menyebabkan berlakunya aktiviti pembunuhan tersebut. Kemungkinan besar si suami mengalami tekanan yang melampau dan tanpa sedar membunuh isterinya. Disini dapat kita lihat berlakunya perubahan yang mendadak terhadap sikap si suami yang sanggup membunuh isterinya sendiri. Disebabkan perubahan tersebut beliau juga turut membunuh dirinya sendiri. Jadi, jelaslah disini bahawa kes ini berkait rapat dengan isu Anomie yang kita bincangkan diatas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s